Monday, February 14, 2011

CiNtA iTu MeNyAkItKaN?

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang
benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga
masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya
sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari
dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan
juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan
itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta
belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena.
Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri
ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin
menolong...sperti diri aku juga haha..

Jadi, sekiranya ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah.
Cinta ini tak semuanya indah. Dan perlu bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam
percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak
tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan
bila-bila masa... =)

2 comments:

  1. kuza...mu kne tag...gi kat blog aku...copy entry aku...hen jawab soalan2 yg ade...tu namenye anda di tag....
    kat link nie...
    http://eiksyad.blogspot.com/2011/02/tag-lagi-kan.html

    ReplyDelete
  2. ilek sudah ler derr...
    cr awek baru ma...=p

    ReplyDelete